detik-detik indah

entahlaa..kadang2 aku rasa..seperti belum bersedia untuk menjadi seorang ibu..
tapi, naluri untuk memiliki zuriat kuat terasa..
ku tolak tepi, perasaan takut itu..
namun masih terasa ketakutan itu..

mampukah aku menjadi ibu yang baik..?
yang menjadi contoh yg baik utk zuriatku..?
yang akan mengajar dan mendidik mereka..?
sedangkan aku sendiri bagai lalang ditiup angin..
masih memerlukan seorang ibu untuk memimpin setiap gerak langkah ku...

aku takut..
aku xmampu untuk menjaga zuriatku dengan baik..
bekalkan dia dengan ilmu dunia dan akhirat..
macam mana kalau aku gagal..?
gagal membentuk zuriatku sendiri..?
aduhai..tuhan..lenyapkanlah segala perasaan kurang enak ini..

setiap hari, aku didedahkan dengan pelbagai berita sosial yang kurang enak untuk dibaca..
yang tidak langsung memberi motivasi kepada aku..
masalah sosial yang semakin meningkat..
membuatkan aku gentar untuk melahirkan zuriatku ini..
aku takut, aku terlepas pegangan tangannya..
dan dia hanyut keseorangan...
mampukah aku menangani semua ini..?
kuatkah aku, Ya Allah..?

wahai Tuhanku yang Maha Mengetahui segalanya..
berilah aku kekuatan dan ketabahan
dalam mendidik zuriat2 ku ini..
jangan lah Kau tinggalkan aku keseorangan tanpa hidayahMu..
sesungguhnya, aku benar2 tidak berdaya tanpa pertolongan dariMu..

anakku sayang...
semoga Tuhan permudahkan segala urusan kita berdua..

Ameen~