our Syawal 2 gether~

1 syawal 1430H...

first time we al celebrate raye 2gether as husben n wife...laju je airmata ni mengalir ke pipi saat ku cium tangannya..saat ku pohon keampunan yang samada aku lakukan dengan sengaja atau tidak sengaja...keampunan yang kupohon sepanjang aku menjadi permaisuri dia..bukan aku tak penah mencium tangannya..bukan aku tak penah meminta ampun dan maaf darinya..tapi, di pagi syawal yang penuh syahdu itu..sekali lagi disaksikan sanak saudaraku yang ramai itu..aku mencium tangannya laksana di hari pernikahan kami..ku cium pipinya di khalayak itu..bukan niatku untuk takbur dan menunjuk-nunjuk akan kebahagiaan yang aku sedang ku kecapi..tapi..sebagai tanda aku amat menyayangi lelaki ini..betul..!!!

mengimbau semula saat pertemuan kami..ku rasakan ada barakahya..kerana kami mula rapat dan saling mengenali hati budi bermula pada bulan Ramadhan..bulan yang penuh keberkatan..bulan yang penuh kerahmatan..seterusnya pada syawal, dia datang menemui ayah bondaku..tanda dia benar2 mahu serius dalam perhubungan yang dibina..

oh tuhan..cepat sungguh ku rasakan masa berlalu...seakan-akan baru semalam aku baru mengenalinya..baru bertanya nama...alangkah manisnya saat itu..alangkah berbunganya saat itu kurasakan..dan kini..hubungan itu semakin harum mewangi...ku harapkan limpahan rahmat dari yang Esa...

takbir raya bergema lagi..
laju airmata ini mengalir..sidia usapkan titisan air mata yang jatuh di pipiku..entah keberapa kalinya..aku pun tak sedar..entah kenapa..perasaan ni sering sahaja menjadi begitu sensitif..puas dia memujuk ku..tapi, setiap kali mendengar suaranya..hatiku jadi begitu sayu..
duhai kanda..hati permaisurimu ini dibelenggu keresahan yang tak bertepi...ada sesuatu yang mengaganggu fikiranku...

takbir raya pertama kami...
biarlah bahagia ini milik kami...biarlah syawal ini berlalu dengan penuh kenangan..dengan penuh gelak tawa dan air mata.. andai diizinkan olehMu..ku pohon..syawal tahun hadapan..kami dapat sambut bersama zuriat kami..agar kemeriahan lebih di rasakan..

kErinDuaN~


duhai anakku...bilakah masanya kita kan bertemu...??tahukah dirimu wahai anakku...saban waktu ibu sentiasa menanti kehadiranmu dalam hidup ibu...setiap masa ibu berdoa agar dikau hadir dalam hidup ayah dan ibu...
duhai anakku..ibu terlalu rindu untuk mendengar suara tangismu..gelak tawamu..ibu terlalu inginkan senyumanmu..renungan matamu..ingin sekali ibu merangkulmu dalam dakapan ibu..agar kau terasa hangatnya kasih seorang ibu...ingin sekali ibu membelai mu dengan penuh kerinduan...
ketahuilah anakku..kehadiranmu..benar-benar ibu nantikan...tidak sabar rasanya untuk menatap wajahmu yang suci...tak sabar rasanya untuk memegang tanganmu..
hadirlah dikau wahai anakku..diadalam rahim ibumu ini..ibu berjanji..akan menjaga dan mendidikmu sebaik mungkin..akan ibu ceritakan kisah-kisah nabi..akan ibu khabarkan betapa mulianya Nabi Muhammad..akan ibu kisahkan kisah ibu dan ayah..
wahai anakku..dimana jua kau berada kini..ketahuilah olehmu wahai sayangku...ibu dan ayah sentiasa menantikan kehadiranmu...
tuhan..kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah..buat penyambung keturunan kami..perkenankanlah doaku ini Ya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani..

menyemai CINTA


kasih tercipta...
tuhan..andai dia tercipta untukku..
izinkan aku menjadi miliknya...
sayang..semoga aku selalu dihatimu..
sepertimana aku sentiasa
meletakkan mu..
di sudut paling dalam
di hatiku ini..
tempat: pasir puteh, kelantan
tarikh: 14 December2008
masa: 1.00pm till midnight

menganyam KASIH





semoga kasih yang disemai semakin mengharum dan berbunga...agar langkah kami seiring dalam menempuhi hidup baru...tuhanku..permudahkanlah urusan kami berdua..


tarikh: 16 november 2008


tempat: teratak bonda


masa: 11.00 am




kekasih hatiku..cintailah aku seadanya aku..bimbinglah aku wahai suamiku...agar aku bisa menjadi permaisurimu di dunia ini dan bidadarimu di SANA..

~dua HATI jadi satu...



hulurkan kasihmu wahai kanda..
kan ku genggam sampai hujung nyawa ku..












saat debaran dirasakan..
lidah kelu untuk
berkata-kata..hanya linangan airmata yang
mampu menterjemahkan segalanya..
terima kasih tuhan..atas rasa cinta ini..

tarikh : 15 november 2008
tempat: surau taman tenaga, kajang
masa:around 2.30 pm..

andai bisa ku hentikan putaran waktu..
ingin sekali ku terus merasakan kehangatan pelukanmu.
andai bisa ku khabarkan pada semua..

betapa bahagia itu menghuni di segenap ruang hatiku...


kenangan terindah menjadi milik kami..

tarikh :15 November 2008
tempat: teratak bonda, taman tenaga, kajang
masa:3-6 petang