detik-detik indah

entahlaa..kadang2 aku rasa..seperti belum bersedia untuk menjadi seorang ibu..
tapi, naluri untuk memiliki zuriat kuat terasa..
ku tolak tepi, perasaan takut itu..
namun masih terasa ketakutan itu..

mampukah aku menjadi ibu yang baik..?
yang menjadi contoh yg baik utk zuriatku..?
yang akan mengajar dan mendidik mereka..?
sedangkan aku sendiri bagai lalang ditiup angin..
masih memerlukan seorang ibu untuk memimpin setiap gerak langkah ku...

aku takut..
aku xmampu untuk menjaga zuriatku dengan baik..
bekalkan dia dengan ilmu dunia dan akhirat..
macam mana kalau aku gagal..?
gagal membentuk zuriatku sendiri..?
aduhai..tuhan..lenyapkanlah segala perasaan kurang enak ini..

setiap hari, aku didedahkan dengan pelbagai berita sosial yang kurang enak untuk dibaca..
yang tidak langsung memberi motivasi kepada aku..
masalah sosial yang semakin meningkat..
membuatkan aku gentar untuk melahirkan zuriatku ini..
aku takut, aku terlepas pegangan tangannya..
dan dia hanyut keseorangan...
mampukah aku menangani semua ini..?
kuatkah aku, Ya Allah..?

wahai Tuhanku yang Maha Mengetahui segalanya..
berilah aku kekuatan dan ketabahan
dalam mendidik zuriat2 ku ini..
jangan lah Kau tinggalkan aku keseorangan tanpa hidayahMu..
sesungguhnya, aku benar2 tidak berdaya tanpa pertolongan dariMu..

anakku sayang...
semoga Tuhan permudahkan segala urusan kita berdua..

Ameen~

our FIRST meeting..


alhamdulillah..

dengan keizinan dari DIA tuhan yang Maha Penyayang..

akhirnya, dapat juga aku bertemu dengan buah hati yang selama ini amat2 sekali aku nantikan kehadirannya..

ohhh..alangkah syahdunya tika dan saat itu..

tak dapat nak ku gambarkan..hanyalah titis-titis air mata penuh kesyukuran mengungkapkan segalanya..

syukran Ya Allah..sujud syukur hanya padaMu..

terasa indah dan nyaman sekali perasaan suci itu..

melihat 'dia' bermain2 di taman indah yang dicipta khas utk 'dia'..

membuatkan hati seorang ibu bertambah tidak sabar2 lagi ingin ketemu..

tuhan...terima kasih atas segala perasaan yang Kau kurniakan kepadaku ini..

insyaAllah..akan kujaga amanah dari Mu ini dengan seluruh jiwa dan raga ku...


duhai anakandaku...

terungkailah sudah kerinduan bonda dan ayahanda...

anugerah terindah dariNya~

Alhamdulillah...

doaku didengar tuhan..doaku diperkenankan tuhan..
walaupun..ku akui..tak sempurna 5.tapi, tuhan Maha Mendengar setiap doa dan permintaan hambaNya..

di hujung2 tahun..di saat menyambut ulangtahun perkahwinan yg pertama..
di saat itulah sidia hadir..
memberi sinar daldm hidup kami..
membawa cahaya kegembiraan buat kami berdua..
subhanallah..Maha Suci Allah..

buat anakanda tersayang..
akhirnya, dikau hadir jua dalam rahim bondamu ini..
bonda panjatkan doa agar dikau selamat dan selesa di dalam rahim bonda ini..
insyaAllah, kita akan berjumpa 9 bulan dari sekarang..