our FIRST meeting..


alhamdulillah..

dengan keizinan dari DIA tuhan yang Maha Penyayang..

akhirnya, dapat juga aku bertemu dengan buah hati yang selama ini amat2 sekali aku nantikan kehadirannya..

ohhh..alangkah syahdunya tika dan saat itu..

tak dapat nak ku gambarkan..hanyalah titis-titis air mata penuh kesyukuran mengungkapkan segalanya..

syukran Ya Allah..sujud syukur hanya padaMu..

terasa indah dan nyaman sekali perasaan suci itu..

melihat 'dia' bermain2 di taman indah yang dicipta khas utk 'dia'..

membuatkan hati seorang ibu bertambah tidak sabar2 lagi ingin ketemu..

tuhan...terima kasih atas segala perasaan yang Kau kurniakan kepadaku ini..

insyaAllah..akan kujaga amanah dari Mu ini dengan seluruh jiwa dan raga ku...


duhai anakandaku...

terungkailah sudah kerinduan bonda dan ayahanda...

anugerah terindah dariNya~

Alhamdulillah...

doaku didengar tuhan..doaku diperkenankan tuhan..
walaupun..ku akui..tak sempurna 5.tapi, tuhan Maha Mendengar setiap doa dan permintaan hambaNya..

di hujung2 tahun..di saat menyambut ulangtahun perkahwinan yg pertama..
di saat itulah sidia hadir..
memberi sinar daldm hidup kami..
membawa cahaya kegembiraan buat kami berdua..
subhanallah..Maha Suci Allah..

buat anakanda tersayang..
akhirnya, dikau hadir jua dalam rahim bondamu ini..
bonda panjatkan doa agar dikau selamat dan selesa di dalam rahim bonda ini..
insyaAllah, kita akan berjumpa 9 bulan dari sekarang..

our Syawal 2 gether~

1 syawal 1430H...

first time we al celebrate raye 2gether as husben n wife...laju je airmata ni mengalir ke pipi saat ku cium tangannya..saat ku pohon keampunan yang samada aku lakukan dengan sengaja atau tidak sengaja...keampunan yang kupohon sepanjang aku menjadi permaisuri dia..bukan aku tak penah mencium tangannya..bukan aku tak penah meminta ampun dan maaf darinya..tapi, di pagi syawal yang penuh syahdu itu..sekali lagi disaksikan sanak saudaraku yang ramai itu..aku mencium tangannya laksana di hari pernikahan kami..ku cium pipinya di khalayak itu..bukan niatku untuk takbur dan menunjuk-nunjuk akan kebahagiaan yang aku sedang ku kecapi..tapi..sebagai tanda aku amat menyayangi lelaki ini..betul..!!!

mengimbau semula saat pertemuan kami..ku rasakan ada barakahya..kerana kami mula rapat dan saling mengenali hati budi bermula pada bulan Ramadhan..bulan yang penuh keberkatan..bulan yang penuh kerahmatan..seterusnya pada syawal, dia datang menemui ayah bondaku..tanda dia benar2 mahu serius dalam perhubungan yang dibina..

oh tuhan..cepat sungguh ku rasakan masa berlalu...seakan-akan baru semalam aku baru mengenalinya..baru bertanya nama...alangkah manisnya saat itu..alangkah berbunganya saat itu kurasakan..dan kini..hubungan itu semakin harum mewangi...ku harapkan limpahan rahmat dari yang Esa...

takbir raya bergema lagi..
laju airmata ini mengalir..sidia usapkan titisan air mata yang jatuh di pipiku..entah keberapa kalinya..aku pun tak sedar..entah kenapa..perasaan ni sering sahaja menjadi begitu sensitif..puas dia memujuk ku..tapi, setiap kali mendengar suaranya..hatiku jadi begitu sayu..
duhai kanda..hati permaisurimu ini dibelenggu keresahan yang tak bertepi...ada sesuatu yang mengaganggu fikiranku...

takbir raya pertama kami...
biarlah bahagia ini milik kami...biarlah syawal ini berlalu dengan penuh kenangan..dengan penuh gelak tawa dan air mata.. andai diizinkan olehMu..ku pohon..syawal tahun hadapan..kami dapat sambut bersama zuriat kami..agar kemeriahan lebih di rasakan..