myra tau tak sayang..


Myra syg..tau tak..
Sebelum mama menjadi ibu
mama tak pernah dimuntahkan susu
mama tak pernah diberakkan atau dikencingkan
mama tidur dengan nyenyak semalaman tanpa gangguan.
mama tak pernah memegang seorang anak yang menangis kerana doktor memberi suntikan
mama tak pernah rasa ingin menangis sama jika melihat bayi menangis
mama tak pernah rasa sebegini bahagia bila melihat myra menyeringai atau tersenyum kecil kepada mama
dan..mama tak pernah duduk tegak berlama-lama semata mata nak melihat myra tidur nyenyak

Myra tau..
Sebelum mama menjadi ibu
mama tak pernah memegang seorang bayi yang tidur begitu lama sampai tangan mama lenguh
mama tak pernah rasa sakit kepala kerana tidur sekejap2..
mama tak pernah rasa sakit pinggang kerana duduk begitu lama skali..
Dan..mama tak pernah tahu bahawa mama suka sekali menjadi ibu

Sebelum mama menjadi ibu, kan myra..
mama tak pernah tau rasa apabila jantung berada diluar badan
mama tak pernah tahu bagaimana istimewa dan bahagianya dapat merasa untuk memberi makan kepada bayi yang lapar
mama tak pernah tahu mengenai ikatan itu di antara seorang ibu dan anaknya..
mama belum pernah bangun ditengah malam setiap 10 minit untuk meyakinkan semuanya ok.
dan yang pastinya..
mama belum pernah mengetahui kehangatan, kegembiraan, cinta, dukacita, kekaguman atau kepuasan hati menjadi ibu .

sesungguhnya myra..
mama tak tahu mama mampu merasai semua ini sebelum mama menjadi ibu…

Tapi myra,
Setelah mama menjadi ibu..
mama begitu bersyukur tatkala mendengar tangisan pertama myra...
mama begitu teruja untuk menyusukan myra..
mama begitu gembira bila menatap wajah comel myra yg sedang lena di pangkuan mama...

Setelah mama menjadi ibu...
Begitu mudah sekali hati mama tersentuh bila mendengar tangisan myra...
begitu bahagia sekali pabila melihat myra tersenyum...
Begitu resah tatkala meninggalkan myra walaupun untuk sesaat...
Pagi mama diceriakan dgn suara riang dari myra...
Malam mama dikejutkan dgn tangisan myra yg kehausan susu...
Tidur mama tak lena memikirkan keselesaan tidur myra...
Hari hari mama lalui dgn pelbagai perasaan dan dipenuhi dgn gelak tawa dan tangis myra..


myra sayang..
setelah mama menjadi ibu...
mama tertawa sendirian tatkala melihat gelagat myra..
mama terlalu gembira pabila mendengar pertama kali mendengar suara comel myra mengadu kepada mama..
mama begitu tidak sabar utk menunggu myra sedar dari tidur..
kerana mama terlalu rindu untuk menatap mata myra..

Setelah mama menjadi ibu...
mama mula sedar tanggungjawab mama semakin besar...
mama mula tahu menjaga dan mendidik seorang anak itu bukannya mudah...
mama mula memahami perasaan kasih antara seorang ibu kpd anaknya...
mama dah mula memikirkan yg terbaik utk masa depan myra...
Dan mama mula mengetahui bahawa menjadi seorang ibu itu tidak semudah seperti yang diucap di bibir...

Kerana tanggungjawab seorang ibu itu bermula seawal dia bergelar seorang isteri..
Dan kerana tanggungjawab inilah yg akan menjanjikan syurga kepadanya...


23Ogos2010
Setelah sebulan mama menjadi ibu
Kepada emyra farrahani binti ibrahim

0 budak merepek:

Post a Comment