happy mother's day..!!!!

1 mase, ble ko da kawen, ko akan rasa sesangat-sangatnye nak preggy..then, ble ko da disahkan preggy, ble mengalami morning sickness yang melampau2..ko akan akan mengeluh panjang, tak kurang pun, menangis sorang2..ble semua tu da abes dan tamat, ko mula akan nak sangat rasa the first kick..'ble baby nak kick nih..?'once ko punye baby da kick, de akan terus menendang ko tak kire masa dan ketika..dan masa yang paling skali de suke menendang ialah ketika ko nak tido malam...haaa..di saat ini pulak, ko pasti akan suh baby ko dok senyap2, sbb ko nak tdo..ditambah pula dgn kaki cramp diwaktu malam, pinggang sakit dan jalan dah semakin slow.. mula la ko rasa nak cepat2 kuarkan bby sbb nak tgk muke de..nak hold tangan de, nak peluk kuat2, nak cium ketat2..baju baby ko da cium tetiap ari, membuatkan ko rasa waktu bejalan sangat2 la lembab..ble sampai masa dan detik nye pulak, ko akan rasa sakit yang amat sangat ..selepas melalui detik2 yang sukar dan mencemaskan 2, tatkala terdengar je suara si comel menangis dan diletakkan di atas tangan oleh si misi, hilang semua kesakitan yang hampir meragut nyawa tu dan ko pasti akan tersenyum dan dilinangi dgn airmata yang ko sendiri tak tau sbb pe ko perlu menangis disaat gembira camtu..dan, ble kali pertama ko bertentang mata dengan si kecil 2, semacam ade seribu perasaan yang ingin diberitahu kepada sikecil tu, sama ah jugak dgn si kecil tu..dan bertambah indah, ble dapat menyusukan si kecil sehingga dia terlena dalam pangkuan ko..
dan, kenyataanya ble si kecik 2 dah membesar, skali lagi, ko akan mula rasa rindu yang amat sangat untuk preggy...utk merasa saat2 indah dan magik itu sekali lagi..

sungguh indah dan menakjubkan bagi seorang ibu..mungkin ape yang aku alami ni, sama ngn ibu-ibu diluar sana..setiap perasaan yang hadir, sama sekali tak dapat nak dilisankan dengan kata-kata..dan atas, sebab itu jugak..aku hanya mampu kalungkan doa buat bonda tercinta..semoga Allah dapat membalas segala pengorbanan bonda selama membesarkan aku yang sememangnye banyak songeh nih..
buat puteri kecilku, mama akan cuba belajar dan belajar lagi untuk menjadi mama yang terbaik untuk myra..sehabis kudrat mama akan cuba jaga myra dengan sebaik2nye..semoga, myra akan membesar dengan kasih sayang mama dan papa..menjadi anak yang solehah yang akan mendoakan mama dan papa..


HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL SUPERMOM IN THIS WORLD

Photobucket

0 budak merepek:

Post a Comment